top of page

PROGRAM DAN AKTIVITI DI PUSAT KEYAKINAN DIRI KEM MUARA TUANG

Pusat membina keyakinan diri Kem Muara Tuang diselia dan dikelola sepenuhnya oleh Batalion ke-10 Rejimen Renjer Diraja. Di pusat membina keyakinan diri ini terdiri dari dua kem iaitu Kem-X dan Kem Survival. Setiap kem mempunyai ciri-ciri yang berbeza dan menganjurkan aktiviti-aktiviti yang berbeza.

Kem-X bercirikan aktiviti seperti kelas pelajaran dan juga tempat penuntut kursus berkumpul. Di Kem-X juga tempat penuntut makan dan minum serta solat bagi yang beragama Islam.

Kem Survival pula bercirikan aktiviti seperti ilmu pengetahuan di hutan, perangkap haiwan, pondok-pondok hutan dan latihan keyakinan diri.

WIRA PANJI
WIRA HALANGAN

Aktiviti ini murupakan aktiviti pertama sekali yang akan dilakukan sebelum bermula aktiviti-aktiviti yang lain. Di sini, murid-murid akan melukis logo kumpulan/platun di atas bendera kumpulan mereka. Apa yang menariknya, kita dapat melihat kreativiti dan imiginasi murid-murid ketika ini. Matlamat utama adalah untuk menubuhkan semangat kerjasama di dalam kalangan kumpulan mereka. Mereka akan bersorak cogan kata yang mereka sendiri bina dengan bersemangat beserta mengibarkan panji-panji perang mereka.

KAWAD KAKI
KAWAD KAKI

Antara -antara sifat seseorang peminpin yang perlu ada adalah seorang yang mementingkan disiplin yang tinggi. YA... Pemimpin yang tidak mematuhi peraturan-peraturan yang terbina oleh sesebuah institusi, manakan ia mahu mengetuai sesebuah organisasi. Aktiviti ini mengajar murid-murid pelajaran kawad kaki . Hukuman yang diberikan semasa kawad kaki di atas padang kawad perlu dipatuhi oleh pelaku di dalam setiap barisan kumpulan. 

CERAMAH KEPIMPINAN

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, kullukum ra'in wa kullukum mas'ulun an ra'iyyatih au-kama gala. Tiap-tiap kamu ialah pemimpin, dan tiap-tiap seorang kamu akan ditanya tentang kepimpinan kamu. Sebagai contoh, tentera memerlukan pemimpin-pemimpin yang berhati cekal dan mempunyai daya tahan diri yang tinggi. Mereka mestilah berkemampuan memimpin anggota mereka di dalam apa jua situasi dengan penuh nekad dengan tahap profesionalisma yang tinggi. Tanggungjawab ini adalah berat, tetapi sememangnya inilah yang diperlukan bagi mencapai sesuatu misi atau tugas yang diberikan bagi sesuatu organisasi tersebut. Namun begitu, untuk membolehkan seseorang itu menjadi pemimpin yang baik bukanlah satu perkara yang mudah, kerana ia mengambil masa untuk membentuknya. Faktor genetik, latarbelakang keluarga, pengaruh  rakan-rakan, corak pendidikan, keadaan persekitaran dan masyarakat banyak memberi kesan dalam pembentukan pemimpin. Ini bermaksud seseorang pemimpin itu bukan sahaja terjadi secara semulajadi, tetapi pembentukannya banyak dipengaruhi oleh pembentukan sifat, akhlak dan daya pemikiran bagi menyesuaikannya dengan situasi tersebut. Oleh yang demikian perlulah sesuatu organisasi tersebut itu memilih orang yang sesuai untuk memain peranan sebagai pemimpin. Mereka hendaklah dilatih, dibentuk dengan sepatutnya dan merangka struktur kerja yang membolehkan kualiti kepimpinan sentiasa dapat berkembang dengan sebaik mungkin.

JUNGLE NIGHT WALK

Aktiviti ini dilakukan pada waktu malam. Aktiviti ini akan dipandu oleh jurulatih di samping diberi penerangan berkaitan flora dan fauna yang terdapat di Eco Dusun 10 RRD dan pinggir hutan. Aktiviti ini mengambil masa lebih  kurans 1 setengah jam. Pada waktu aktiviti ini dilaksanaan, dinasihatkan murid-murid tidak membuat bising untuk bagi mengelakkan binatang liar lari dan untuk menjega keselamatan di waktu malam. Sekiranya bernasib baik, murid-murid dapat melihat binatang liar dan ianya bergantung kepada keadaan ketika itu.

Murid-murid akan melakukan aktiviti merentas halangan secara berkumpulan. Masa akan diambil dan direkodkan. Peranan pemimpin yang perlu di dalam aktiviti ini untuk mengaturkan strategi-strategi mengalahkan pihak lawan di dalam perlumbaan masa yang terpantas. Murid-murid akan menonjolkan diri untuk membantu pasukan mereka. Menarik bukan...keyakinan murid-murid untuk bersuara dan dipanggil COMMAND kawan-kawan mereka.

WIRA MALAM
WIRA MALAM

Murid-murid akan diuji keberani mereka melalui aktiviti ini. Mereka akan diaturgerakkan berseorangan di pinggir hutan (di bawah pengawasan jurulatih) pada waktu malam. Ujian ini akan dilaksanakan dalam beberapa jam di dalam keadaan penglihatan terhad (mata ditutup). Pengenalan ini merupakan perkara asas di dalam ilmu medan perang. Di dalam aspek ketenteraan, keupayaan berlawan pada sebelah malam dalam keadaan penglihatan terhad merupakan satu aspek penting untuk melaksanakan aturgerrak/manuver. Pemerintah melaksanakan latihan di medan dalam keadaan penglihatan terhad untuk memastikan pasukannya mempunyai keupayaan ini sebagai sebahagian daripada program latihan standard. Seseorang pemerintah melaksanakan operasi ofensif pada sebelah malam atau dalam keadaan penglihatan terhad apabila suatu operasi di waktu siang hari berterusan sehingga malam atau apabila suatu operasi mungkin mengakibatkan kerugian besar jika dilaksanakan pada sebelah siang hari. Operasi ofensif yang dilaksanakan dalam keadaan sebegini dapat mencapai  kejutan, memperoleh tanah yang diperlukan untuk operasi seterusnya dan menentang keupayaan musuh untuk  mendapat visual sasaran dan pada masa yang sama menggunakan kelebihan keupayaan bertempur semasa malam oleh pasukan sahabat. 

PERTUNJUKAN SURVIVAL VILAGE 

Di dalam aktiviti ini, murid-murid akan diperkenakan berkenaan jerat, perangkap dan ilmu di dalam hutan. Di dalam kawasan hutan tropika terdapat banyak haiwan liar yang boleh dijadikan makanan. Haiwan liar ini akan berlari bertempiaran apabila terserempak dengan manusia dan amat sukar untuk ditangkap. Terdapat dua jenis pengkelasan untuk menangkap binatang ini iaitu perangkap hidup dan jerat membunuh. Dalam aspek ketenteraan  ia merupakan sebagai usaha atau seni untuk meneruskan hidup. Ia hendaklah berteraskan kekuatan mental dan fizikal, pengetahuan serta sikap tanggungjawab. Adalah menjadi tanggungjawab setiap anggota Tentera mengetahui dan menggunakan sepenuhnya bahan semula jadi yang boleh diperolehi dari hutan untuk berikhtiar hidup. Mereka juga mestilah berupaya untuk menarik perhatian penyelamat, melakukan pandu arah tanpa peta dan kompas, mengekalkan kekuatan fizikal, merawat diri sendiri di samping dapat menjaga motivasi diri sendiri  untuk meneruskan hidup serta menghindarkan diri dari musuh.

Syafiqah, Pelajar Kolej

..jati diri dapat dicapai daripada aspek kekuatan rohani yang jitu.. 

Maria Lok, Guru Pengiring

 ..kebolehan mental dan fizikal juga harus dititikberatkan dalam memastikan setiap murid-murid akan menempuhi setiap program yang tertumpu kepada pembentukan intergriti setiap murid-murid berbentuk pendedahan perkongsian ilmu mahupun pelaksanaan latihan dalam bentuk teori dan pratikal..

..pihak sekolah sangat berpuas hati dengan pengelolaan kem..

Asyraf, Kadet PTD 2016

...Macam mcm cabaran lah.. memang menguji  mental  dan fizikal...

Syafiqah, Pelajar Kolej

..disiplin pelajar terdidik ke arah yang lebih baik.. 

Maria, Guru 

 ..pihak sekolah sangat berpuas hati dengan pengelolaan kem..

Asyraf, Kadet PTD 2016

...Macam mcm cabaran lah.. memang menguji  mental  dan fizikal...

Hanani, Pensyarah

..jati diri dapat dicapai daripada aspek kekuatan rohani yang jitu.. 

Fakrul, Pegawai Latih 

 ..kebolehan mental dan fizikal juga harus dititikberatkan dalam memastikan setiap murid-murid akan menempuhi setiap program yang tertumpu kepada pembentukan intergriti setiap murid-murid berbentuk pendedahan perkongsian ilmu mahupun pelaksanaan latihan dalam bentuk teori dan pratikal..

Adib, Pelajar sekolah

...banyak perkara baru yang kami pelajari, dan yang paling penting adalah kami belajar apa itu kerjasama diantara kami (skuad)..

ALAMAT KAMI

BATALION KE-10 REJIMEN RENJER DIRAJA

KEM MUARA TUANG

94300 KOTA SAMARAHAN

SARAWAK

HUBUNGI KAMI

TEL: 082-585500 samb 6016   

E-MAIL: latih10rrd@gmail.com

PAUTAN KAMI

  • RRD_zps44696dd0
  • atm
  • army
  • 10 rrd

JUMLAH PAPARAN HALAMAN

bottom of page